Followers

Monday, 3 September 2012

Sabar itu separuh daripada iman

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka(kerana)mengharapkan perhiasan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas.(Al-Kahfi, 18:28).

Apabila kita berbicara tentang sabar, ertinya kita menyentuh soal keimanan sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dan orang yang bersabar dalam musibah, penderitaan dan peperangan, merekaitulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertaqwa.”(Al-Baqarah, 2:177). 

Rasulullah ‘Alaihi Solatu Wassalam bersabda yang bermaksud: “Sabar itu sebahagian daripada iman.”(Riwayat Al-Baihaqi). Ertinya, tanpa iman tidak akan ada kesabaran.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari.”(Riwayat Muslim).

No comments:

Post a Comment